PROSIDING lafaz cerai pelakon dan usahawan Syida Melvin yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Khamis ditangguhkan kerana aktres berkenaan berada dalam keadaan tidak suci (haid).
Peguam syarie mewakili Syida, Nurul Jamaliah, berkata pihak defendan telah menyatakan persetujuan untuk melafazkan cerai, namun prosiding itu tidak dapat diteruskan atas faktor syarak.
Menurut Nurul Jamaliah, Hakim Syarie, Norul Aina Bahari menetapkan 12 Ogos ini sebagai tarikh baharu untuk lafaz cerai.

Syida hadir ke mahkamah bersama peguam.






