PELAKON Kamarool Yusoff dilaporkan meninggal dunia sekitar pukul 5.30 petang pada Rabu di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Berkongsi berita duka itu, rakan artisnya, Amir Raja Lawak, memaklumkan dia menerima berita pemergian Allahyarham daripada anak pelakon berkenaan.
“Iya, Cik Man sudah meninggal dunia. Anak dia maklumkan. Saya masih dalam perjalanan ke hospital,” katanya kepada mStar.

Kamarool telah menghiburkan ramai peminat sepanjang penglibatan dalam dunia seni.





