KONTROVERSI yang pernah melanda Aliff Aziz bukan alasan bagi pelakon Uqasha Senrose untuk menolak peluang bergandingan dengan aktor berkenaan dalam drama Madu Atau Racun.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata dia menghormati rezeki setiap individu dan memilih untuk bersikap profesional sepanjang berada di lokasi penggambaran tanpa mencampuri urusan peribadi rakan sekerja.
“Sepanjang bekerjasama, sejujurnya dia (Aliff) adalah seorang pelakon yang hebat. Dia cuba beri yang terbaik untuk drama ini.







