ENAM bulan sudah berlalu, namun pelakon Rahim Omar masih belum melunaskan tunggakan sewa rumah sebanyak RM7,000 yang pernah dibangkitkan pemilik kediamannya sebelum ini.
Rahim, 66, berkata dia sengaja menangguhkan bayaran berkenaan selepas mendakwa pemilik rumah tersebut memalukannya di media sosial pada Mac lalu.
"Saya sengaja tak nak bayar. Saya nak bayar sikit-sikit. Saya pergi jumpa dia, tetapi dia sombong.
Rahim perlu masa untuk selesaikan hutangnya.






