PELAKON Uqasha Senrose bersyukur hubungannya dengan bekas suami, aktor Kamal Adli kekal baik demi memastikan anak perempuan mereka, Hawra Uqaira mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya.
Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata dia tidak menganggap dirinya sempurna, sebaliknya melihat hubungan yang terjalin dengan Kamal selepas bercerai sebagai satu proses untuk sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.
"Saya tak cakap diri saya ni baik, saya anggap ini hanya proses kami sebagai ibu bapa kepada Uqaira. Alhamdulillah, selepas apa yang terjadi kami berhubung atas dasar anak.





