BEKAS peserta program Talk To My Manager musim pertama, Hadie Elfardie berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Travel & Tour di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS), Kuantan menerusi program Tahfiz Mahir.
Berkongsi berita gembira itu, ibunya yang juga penyanyi Ina Naim meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya berjaya menamatkan pengajian dalam bidang yang diminati selain menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hasil usaha dan minat Hadie sendiri.
“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah. Memang Hadie minat dengan kursus yang diambil jadi saya sebagai ibu bersetuju saja dan memberikan sokongan terhadapnya.

Ina (kanan) sentiasa menyokong minat anak sulungnya.






