AKTRES Fasha Sandha akhirnya tampil bersuara secara terbuka kerana sudah tidak mampu lagi bersabar dengan sikap seorang pelakon yang dipercayai kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan kelancaran produksi.
Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, berkata sebelum ini dia sengaja tidak mendedahkan perkara tersebut bagi menjaga nama baik individu berkenaan, namun mendakwa sikap tidak menghormati masa orang lain membuatkan kesabarannya semakin teruji.
“Sebelum ini saya tak ada nak sebut nama sebab nak lindungi awak. Nak jaga periuk nasi awak. Sabar orang ada had ya.







