SELEPAS lapan bulan tanpa karya baharu, kumpulan wanita Dolla kembali menghangatkan industri muzik menerusi pelancaran single berjudul G.O.A.T yang menampilkan kolaborasi bersama ikon rap Thailand, F.Hero.
Lagu berkenaan menjadi pembuka kepada era baharu Dolla yang tampil dengan imej lebih matang, berani dan penuh karakter, selain mencerminkan usaha mereka untuk mengembangkan pengaruh ke pasaran Asia Tenggara.
Menurut Dolla, kerjasama bersama F.Hero memberi dimensi berbeza kepada lagu tersebut apabila gabungan vokal feminin mereka disatukan dengan rap bertenaga penyanyi berkenaan.

Dolla tampil dengan lagu baharu selepas lapan bulan menyepi.





