PELAKON Kilafairy tampil memohon maaf secara terbuka susulan penggunaan bahasa kasar ketika mengulas isu kematian anjing jalanan, Rocky yang mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Kila atau Syakila Nisa Jahangir Khan, 34, mengakui kata-kata yang ditulis di platform Threads beberapa hari lalu adalah keterlaluan selain menginsafi kesilapan tersebut selepas menilai semula tindakannya.
“Pertama sekali, saya nak minta maaf atas pemilihan kata-kata yang digunakan di Threads beberapa hari lepas.







