KEPERCAYAAN diberikan kepada pengasuh bukan sekadar untuk menjaga anak malah mengharapkan sikap jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab.
Namun bagi seorang ibu, tindakan pengasuh anaknya berhenti kerja dengan alasan ingin memberi tumpuan menjaga ibu mentua rupa-rupanya hanya sekadar ‘wayang’.
“Aku terkilan pengasuh cakap nak stop mengasuh anak aku sebab nak jaga mentua.

Ibu bapa memilih untuk meninggalkan anak kepada pengasuh kerana tuntutan kerja. -Gambar hiasan



