SEORANG guru meluahkan rasa kecewa dengan segelintir pendidik melabel seorang murid sebagai kaki mengadu hanya kerana sering berkongsi masalah dengan ibunya.
Menurut guru berkenaan, murid itu mempunyai sedikit kelainan fizikal (OKU) dan sering menjadi mangsa ejekan serta buli daripada rakan-rakan di sekolah.
Katanya, setiap kali berlaku perkara mengganggunya, murid tersebut akan memberitahu ibunya termasuk apabila melihat sesuatu tindakan di sekolah yang dirasakan tidak wajar.






