PENYANYI dan pelakon Noki K-Clique membuktikan profesionalisme yang tinggi apabila enggan melengahkan sesi penggambaran filem Tiket Sehala biarpun berdepan kecederaan sehingga bibirnya bocor dan berdarah akibat tertumbuk oleh pelakon dari Korea Selatan.
Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 32, insiden tersebut berlaku ketika menjayakan babak aksi bersama salah seorang pelakon dari negara berkenaan.
Tidak mahu menyusahkan seluruh krew yang terlibat dan mengelakkan sebarang babak penting dipotong akibat kekangan masa, Noki berkata dia hanya berehat sekitar lima hingga 10 minit sebelum kembali menyambung babaknya.

Noki tidak mengambil masa untuk kembali ke sesi penggambaran meskipun cedera.






