BERGELAR seorang selebriti, penyanyi Nadeera Zaini sedar perkara berkaitan penampilan sering menjadi tumpuan ramai.
Sentiasa menjaga keterampilan di depan khalayak, Nadeera, 32, juga meluahkan rasa syukur setiap kali menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini tampil semakin cantik.
"Sebagai penyanyi, saya perlu menjaga imej kerana peminat bukan sahaja mahu melihat kita menyanyi, tetapi juga menghargai penampilan yang menarik.

Nadeera sangat menitikberatkan penampilan semasa membuat persembahan.






