DITENGKING oleh bos atau rakan sekerja hanya disebabkan perkara kecil boleh meninggalkan trauma apatah lagi ia dilakukan di hadapan orang ramai.
Seperti diceritakan pelatih industri ini, dia terpaksa menanggung malu selepas ditengking salah seorang kakitangan hanya kerana dia meminta penjelasan mengenai tugasan diberikan.
Apa lebih memalukan, ruang kerja dengan konsep terbuka bertukar sunyi kerana terkejut dengan situasi tersebut.

Suasana tempat kerja toksik boleh memberi kesan negatif pada pekerja. -Gambar hiasan





