PENAT lelah seorang warga emas menyiapkan tempahan pekasam ikan puyu dalam jumlah yang besar bertukar kekecewaan apabila usahanya itu tidak dihargai.
Demikian kisah duka dikongsikan seorang wanita mengenai nasib buruk ditimpa ibunya yang menyiapkan tempahan tersebut untuk salah seorang kenalan terdekat di kampungnya di Parit Buntar, Perak.
Ceritanya, ibunya teruja sehingga sanggup bersengkang mata menyiapkan 50 bekas pekasam ikan puyu malah membeli bekas baharu bagi memastikan pesanan disediakan dengan kemas.

Pengadu berkongsi foto keadaan pekasam yang dibuat ibunya dalam hantaran di Threads.





