SELEPAS bergelar ibu tunggal, pelakon Linda Hashim enggan terus berdiam diri sebaliknya sudah bersedia dengan pelbagai perancangan untuk memastikan masa depan dia dan anak-anak terjamin.
Linda atau nama sebenarnya Norhaliza Hashim, 42, berkata dia merancang untuk menceburi bidang baharu iaitu pengurusan umrah dan bakal mengikuti krusus tersebut dalam masa terdekat.
“Selepas ini perancangan saya untuk ambil kursus menjadi mutawif. Harapnya hujung tahun ini atau awal tahun hadapan saya sudah boleh bawa jemaah untuk umrah,” katanya kepada mStar.

Linda (tengah) bersama peguam yang mewakilinya iaitu Nurul Fadzilah Kamaluddin (kiri).






