PASANGAN yang menjalinkan hubungan cinta selama bertahun-tahun semestinya mengimpikan ikatan tersebut berakhir di jenjang pelamin, namun tidak semua kisah berjalan seperti dirancang.
Begitulah luahan duka seorang gadis yang mengakui kini buntu dan kecewa selepas teman lelakinya bersetuju untuk berkahwin dengan calon pilihan ibunya, sedangkan hubungan mereka masih belum berakhir.
Menurut gadis itu, mereka sudah menjalinkan hubungan cinta selama lebih satu tahun sebelum ibu teman lelakinya mula mendesak agar anaknya segera mendirikan rumah tangga.






