PELAKON Sweet Qismina mendedahkan dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh sebulan sahaja demi memenuhi tuntutan watak dalam filem terbaharunya.
Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, 28, berkata, kejayaan mendapatkan bentuk badan ideal itu adalah hasil bimbingan dan ketegasan suaminya juga pelakon, Adam Lee yang bertindak sebagai jurulatih peribadi sepanjang proses berkenaan.
"Sejujurnya, saya dilatih sepenuhnya oleh Adam. Sebenarnya saya baru sahaja selesai penggambaran filem bersama Azira Shafinaz, Amir Nafis, Namie dan Fimie Don. Ia sebuah naskhah yang agak berat kerana memerlukan saya berlari setiap malam.

Adam Lee banyak membantu sepanjang proses penurunan berat badan Sweet.






