SERAMAI 29 selebriti tempatan dilaporkan masih berada dalam senarai individu bankrap setakat Jun lalu selepas gagal melunaskan hutang kepada institusi kewangan.
Menurut laporan media, Pengarah Insolvensi Bahagian Kebankrapan, Jabatan Insolvensi, Fajrul Shihar Abu Samah berkata, individu terbabit merangkumi pelbagai latar belakang termasuk artis legenda, pelakon terkenal dan veteran serta bekas peserta Hero Remaja yang masih aktif dalam industri hiburan.
Jelasnya, sebahagian daripada selebriti berkenaan tampil sendiri menyerahkan diri kepada pihak Jabatan Insolvensi akibat tidak lagi mampu berdepan tekanan diburu pemiutang.

Jabatan Insolvensi dedah artis popular diburu pemiutang.






