NIAT mahu bersantai sambil melayan aplikasi Threads bertukar tragedi buat pelakon Sharifah Sakinah apabila mengalami kecederaan pada buku lali kaki kirinya akibat terjatuh di rumah.
Menurut Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 37, insiden yang berlaku kira-kira tiga minggu lalu itu dianggap agak serius sehingga doktor menyarankannya untuk menjalani pembedahan serta rawatan fisioterapi.
Bagaimanapun, Sakinah memilih untuk tidak melakukan pembedahan dengan harapan kaki kirinya dapat pulih secara semula jadi memandangkan jadual kerjanya yang tersangat padat.

Sakinah berkongsi perkara itu ketika ditemui media.






