PELAKON dan pelawak Zizan Razak menerima banyak permohonan maaf daripada individu yang menggunakan fotonya sebagai bahan gurauan di media sosial selepas dia bertindak membuat teguran secara terbuka di akaun Threads miliknya.
Zizan atau Mohd Razizan Abdul Razak, 42, berkata dia tidak berkecil hati jika gambarnya dijadikan bahan jenaka selagi tidak keterlaluan, namun terkilan apabila ada pihak mengambil kesempatan menggunakannya bagi tujuan promosi produk.
“Ada yang mesej peribadi (DM) minta maaf. Yang sekadar buat lawak secara berpada-pada, saya okey saja. Kalau benda itu boleh buat rakyat Malaysia tersenyum, saya tak ada masalah.

Teguran Zizan buat semua pihak yang menyunting fotonya.






