BUNGA sering dianggap sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan, malah ia juga menjadi antara hadiah yang cukup bermakna buat kebanyakan wanita.
Namun, tidak disangka pemberian manis seperti itu rupanya boleh mencetuskan rasa kurang senang orang sekeliling.
Seorang gadis berkongsi kenangan pahit manis apabila hadiah sejambak bunga yang diterimanya telah menimbulkan rasa cemburu dalam diri salah seorang rakan serumahnya.






