MENERUSKAN kerjaya seni secara solo, penyanyi Jatt Ali memberitahu dia kini tidak lagi bersama kumpulan Black Dog Bone selepas rakan-rakannya membuat keputusan untuk bersara.
Menurut Jatt atau Tahir Ali, 70, disebabkan beberapa faktor, anggota kumpulan itu yang lain tidak dapat membuat persembahan bersama sebagai sebuah kumpulan meskipun menerima tawaran.
“Kali terakhir bersama Black Dog Bone adalah pada konsert 2018. Ada beberapa faktor seperti umur dan kesihatan membuatkan mereka berkata saya perlu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo.

Jatt meneruskan perjalanan seni membawa lagu-lagu Black Dog Bone.






