PELAKON dan pelawak Zizan Razak meminta orang ramai agar tidak menyalahgunakan gambarnya yang disunting sehingga boleh menimbulkan kekeliruan.
Meluahkan perkara tersebut, Zizan atau Mohd. Razizan Abdul Razak, 42, berharap mana-mana perkongsian tidak menyentuh isu sensitif termasuk berkaitan hukum agama.
“Berkenaan dengan gambar saya yang tular sejak beberapa hari lalu disunting dan diubah menjadi kelakar, boleh tetapi biarlah berpada-pada dan tidak melanggar hukum agama Islam,” katanya.

Perkongsian Zizan di Threads.






