SUSULAN luahan pelakon dan pempengaruh Norreen Iman di Threads yang mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, aktres itu memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai isu sebenar yang sedang dihadapinya.
Menurut Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, hantaran di media sosial hanyalah luahan perasaan dan bukan bermaksud dia mahu membuka aib atau menceritakan segala yang berlaku kepada umum.
"Saya rasa apa yang anda semua tengok dekat sosial media tu, ia rentetan apa yang pernah berlaku sebelum ni.







