HANTARAN pelakon Nadia Brian yang meluahkan rasa pelik terhadap segelintir rakan artis yang dihujani tawaran berlakon tanpa henti walaupun kerap hadir lewat ke lokasi penggambaran mengundang pelbagai reaksi.
Malah, ada netizen sehingga yang cuba mempersoalkan tahap profesionalisme dan disiplin diri pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 35, itu sendiri sewaktu bekerja.
Tidak berdiam diri, Nadia menerusi ruangan komen tampil mempertahankan reputasi kerjayanya dengan menegaskan dia sentiasa menjaga masa.

Nadia berkongsi perkara itu di halaman Threads miliknya.






