PELAKON Shweta Sekhon tidak mempunyai sebarang perancangan untuk kembali beraksi di panggung ratu cantik meskipun pernah dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia 2019.
Shweta atau nama penuhnya Shwetajeet Kaur Sekhon, 29, berkata, meskipun jiwanya tidak pernah terpisah daripada platform berkenaan, namun dia enggan mengambil risiko bertanding semula kerana menganggap industri tersebut banyak berubah.
“Ya, saya tidak akan sertai pertandingan ratu cantik lagi. Itu adalah pendapat peribadi saya. Bagi saya, dunia ratu cantik sebelum pandemik Covid-19 sangat menakjubkan, tetapi sekarang sudah banyak berubah.

Shweta mahu fokus kepada kerjasa lakonan.






