SELEPAS mencipta fenomena di Indonesia, kumpulan For Revenge bakal menghangatkan pentas Malaysia menerusi konsert ulang tahun ke-20 mereka, Titik Sadrah yang dijadual berlangsung di Mega Star Arena pada 15 November depan.
Konsert anjuran Beatus Live Sdn Bhd dengan kerjasama Antara Suara, Nusantaiment, Monarch Entertainment dan Sony Music itu menjadi sebahagian daripada siri jelajah antarabangsa kumpulan berkenaan selepas mengadakan persembahan di Bandung, Indonesia.
Titik Sadrah bukan sekadar meraikan dua dekad perjalanan seni For Revenge, sebaliknya menjadi simbol kepada fasa baharu kumpulan itu selepas melalui perubahan besar susulan pemergian bekas pemain dram mereka, Archims Pribadi atau lebih dikenali sebagai Chimot.

Konsert Titik Sadrah meraikan dua dekad perjalanan seni For Revenge.





