BELUM reda kekecewaan dengan permintaan suami untuk berpoligami, seorang isteri sekali lagi diuji apabila lelaki itu tanpa berselindung memberitahu merindui kekasihnya.
Apa lebih menghancurkan hatinya sebagai isteri, luahan suaminya itu disertai dengan tangisan yang menunjukkan dia serius dengan hubungan tersebut.
Jelasnya, lelaki itu menyuarakan hasrat berpoligami sekitar sebulan lalu namun berjanji tidak akan meneruskan niat tersebut selagi dia tidak memberi keizinan.






