MENGHUNI di rumah sewa ada cabarannya, lebih-lebih lagi apabila berdepan rakan serumah yang suka mengambil makanan tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Pengalaman pahit itu dilalui seorang gadis yang berasa terkilan selepas hidangan hasil masakannya untuk rakan-rakan sebilik dilesapkan oleh rakan serumah lain tanpa kebenaran.
Berkongsi kisahnya di media sosial, gadis itu berkata dia memasak ikan patin tempoyak untuk makan tengah hari bersama rakan serumah tetapi akhirnya mendapati beberapa bahagian ikan telah hilang.

Sikap pengotor rakan serumah kerap dikongsi masyarakat di media sosial. -Gambar hiasan AI





