TIDAK biasa merakamkan lagu di studio, pelakon Mimi Lana mengakui banyak mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan penyanyi sebelum menyahut cabaran menyanyi dalam filem terbaharunya, Mojoku Hilang!
Mimi atau Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 30, berkata pengalaman tersebut agak mencabar buat dirinya. Namun, jelasnya, sokongan daripada rakan-rakan yang lebih berpengalaman dalam bidang nyanyian membuatkan dia lebih yakin untuk mencuba.
“Saya ada ramai kawan penyanyi kan, rakan baik saya Azira Shafinaz. Saya banyak bertanya kepada mereka.







