NIAT murni seorang wanita membantu membiayai kos pemasangan tapak dialisis ibu mentua bertukar menjadi episod penyesalan panjang.
Mana tidaknya, walaupun sudah berhabis simpanan demi keluarga suami, kedudukannya tetap tidak lebih daripada seorang ‘orang luar’
Menerusi satu perkongsian di media sosial, wanita itu berkata dia pernah mendahulukan wang simpanannya sebanyak RM1,000 ketika keluarga suaminya kesempitan dana untuk membayar kos pemasangan tapak dialisis yang perlu dilakukan dengan segera.
Namun, sebaik sahaja ibu mentuanya kembali sihat, wanita berkenaan mendakwa dia mula berdepan dengan pelbagai tuduhan berat yang amat menggores hati.

Golongan suami perlu menghormati dan lebih memahami situasi isteri sendiri. -Gambar hiasan AI
“Mak mentua saya kena pasang cepat tapak dialisis tu. Adik-beradik suami pula kekurangan RM1,000 untuk bayar kos rawatan tu. Jadi saya dengan naifnya hulurkan jumlah tersebut.





