PROSES membesarkan anak bukanlah satu tugasan mudah kerana ia menuntut kesabaran tinggi, selain emosi yang kuat sebelum melihat si cilik membesar dan mampu berdikari.
Hakikat itu diakui sendiri oleh seorang wanita apabila mendedahkan benteng kesabarannya akhirnya runtuh gara-gara terlalu kecewa dengan prestasi akademik anaknya yang masih kecil.
“Titik terendah aku hari ini. Aku marah anak yang umur empat tahun sebab tak pandai menulis lagi. Dia menangis, aku pula menjerit.

Setiap kanak-kanak memiliki kemampuan akademik berbeza. -Gambar hiasan AI
“Aku suruh menulis sampai dia terketar-ketar. Aku burn out, aku campak meja dan buku dekat tepi dan suruh dia masuk tidur.





