SYARIKAT penerbitan Astro Shaw mengumumkan naskhah adiwira ikonik tanah air, Keluang Man The Series bakal menemui penonton sebagai siri premium Astro Originals pada tahun hadapan.
Kini sedang rancak dalam fasa penggambaran, penceritaan superhero original pertama Malaysia ini tampil melangkah ke fasa baharu menerusi skala persembahan yang jauh lebih besar dan dramatik.
Inisiatif ini sekali gus memperluaskan lagi penguasaan dunia Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) dalam industri hiburan tempatan.

Harissa menggantikan Amelia sebagai Kathy.





