SELEPAS enam dekad beroperasi di Petaling Jaya, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bakal memulakan era baharu apabila ibu pejabatnya akan berpindah ke Menara Finas yang terletak di Damansara Damai bermula 1 Ogos depan.
Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berkata proses pemindahan dari ibu pejabat lama itu sudah bermula sejak sebulan lalu secara berperingkat melibatkan setiap jabatan dan dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung bulan ini.
“Hari ini secara simbolik kita menutup satu era sejarah dalam industri kreatif tanah air.

Hans (kanan) serta Azmir ketika beramah mesra bersama media.







