ADIK kepada penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob iaitu Raf Yaakob tumpang gembira melihat kebahagiaan abangnya yang dipercayai sedang menjalin hubungan dengan usahawan Datuk Seri Vida.
Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Yaakob, 41, berkata dia sentiasa menyokong apa sahaja yang mampu membahagiakan Fazley.
Malah dia tidak menolak kemungkinan abangnya kini sedang melalui fasa bahagia sejak dikaitkan dengan usahawan berkenaan.

Raf tumpang gembira melihat kebahagiaan Fazley bersama Vida.






