KEMBALI aktif dalam dunia seni, pelakon Azar Azmi memberitahu tidak mudah buatnya membiasakan diri berdepan orang ramai selepas sekian lama menyepi.
Meskipun namanya cukup dikenali sebelum ini, Azar atau Azar Ameerah Azmi, 37, berkata perubahan situasi semasa membuatkan dia sedikit kekok apabila kembali menjadi perhatian ramai.
“Bukanlah takut nak jumpa orang, cuma saya sudah terbiasa berada dalam situasi yang bukan di hadapan orang ramai. Jadi bila berdepan dengan orang ramai, saya rasa semua memerhati dan keadaan itu tidak lagi biasa.

Azar tidak menyangka kemunculannya semula mendapat sambutan baik.






