TIDAK pernah terpalit dengan kisah sensasi, pelakon dan penyanyi Amy Mastura berpendapat sikapnya yang kurang gemar menghasilkan kandungan di media sosial menjadi antara sebab namanya kekal bersih.
Kata Amy atau Amy Mastura Suhaimi, 55, dia bukan sahaja tidak aktif di platform digital, malah sering terlupa merakam setiap momen dalam kehidupan untuk dikongsikan kepada umum.
“Mungkin saya tak reti buat ‘content’ kot jadi kurang kontroversi. Kalau tak ada content nak cipta kontroversi apa lagi.

Amy tidak berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.






