KEHILANGAN kucing peliharaannya memberi kesan emosi buat pelakon Azhan Rani sehingga dia sukar untuk memberi fokus terhadap kerja.
Ketika ditemui di majlis sidang media drama terbaharunya Azhan memberitahu fikirannya masih terfikir tentang Kilau (nama kucing) yang hilang sejak awal pagi tadi.
"Sekarang otak saya berfikir fasal kucing. Lepas nak nak pergi penggambaran drama pun tak senang. Jiwa tak tenteram nak bekerja," katanya kepada mStar.

Azhan turut berkongsi foto kucingnya di media sosial.






