SEPANJANG tempoh berpantang ramai wanita berdepan pelbagai cabaran termasuk perubahan emosi, keletihan, proses pemulihan tubuh badan serta menyesuaikan diri dengan rutin baharu sebagai seorang ibu.
Selepas melalui fasa penuh cabaran itu, ada ibu bapa yang memilih untuk mengambil sedikit masa untuk diri sendiri sebagai ‘ganjaran’ selepas melalui tempoh tersebut.
Di Threads, satu perkongsian oleh seorang individu mengundang perdebatan ramai selepas dia mempertikaikan tindakan segelintir pasangan yang bercuti tanpa membawa bayi sejurus tamat tempoh berpantang.






