MENGHITUNG hari bergelar suami isteri, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meraih perhatian apabila berpeluang bertemu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata pertemuan itu cukup bermakna buat dirinya apabila menerima pelbagai nasihat berharga daripada pasangan yang sudah lebih tujuh dekad melayari alam perkahwinan.
“Alhamdulillah dapat berjumpa Tun Dr Mahathir. Terima kasih atas nasihat yang sangat bernilai buat kami berdua tentang membina rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.

Bella berkongsi beberapa momen yang sempat dirakamkan ketika pertemuan itu.





