SETIAP ibu bapa pastinya mahu memberikan yang terbaik buat cahaya mata mereka termasuk dalam meraikan detik istimewa seperti majlis akikah.
Namun dalam sesetengah keadaan, perkara yang sepatutnya menjadi momen bahagia boleh bertukar dilema apabila melibatkan perbezaan kehendak antara ahli keluarga.
Begitulah situasi dikongsikan seorang wanita yang buntu apabila ibu dan mentuanya mempunyai cadangan berbeza mengenai majlis akikah anaknya.






