SIKAP prihatin dan nilai kemanusiaan yang utuh sesungguhnya tidak pernah mengenal warna kulit, pegangan agama mahupun latar belakang sesebuah masyarakat.
Di media sosial, seorang gadis berbangsa Cina menjadi tular dan meraih perhatian ramai selepas dia berkongsi pengalaman menyentuh hati dibantu wanita Melayu ketika keretanya tiba-tiba tersadai di tepi jalan.
Menurut gadis berkenaan, wanita yang tidak dikenali itu sanggup meluangkan masa berharga menemaninya dalam tempoh yang agak lama sementara menanti ketibaan trak tunda.

Segelintir kaum Hawa bagaikan hilang arah apabila kereta mereka mengalami kerosakan. -Gambar hiasan





