SEBAGAI seorang pelakon baharu, Imranul Effendy tidak dapat lari daripada kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan kualiti lakonannya dalam drama.
Berlapang dada menerima komen, Imranul, 27, juga menganggap ia sebagai satu pengajaran untuk dia terus memperbaiki diri ketika menerima tawaran watak berbeza.
“Saya akan baca komen, namun tidak terlalu berfikir tentang perkara itu. Bukan semua komen itu akan berlarutan. Saya tak anggap komen-komen itu boleh rosakkan emosi dan ganggu prestasi kerja.

Imranul positif menerima kecaman.






