ADA segelintir pasangan memilih untuk mengetepikan kebiasaan dengan memberi ruang kepada suami mengurus rumah tangga sepenuh masa manakal isteri pula menjadi tunjang utama mencari rezeki.
Namun demikian, ia hanya akan berhasil sekiranya kedua-dua pihak benar-benar memahami tanggungjawab masing-masing.
Di Threads, seorang individu berkongsi kisah mengenai rakan wanitanya menderita gara-gara keputusan menjadikan suami sebagai house husband akhirnya bertukar mimpi ngeri apabila lelaki itu gagal memikul amanah diberikan.






