CABARAN membesarkan anak remaja ketika ini bukan lagi tertumpu kepada soal keperluan semata-mata, sebaliknya turut melibatkan emosi.
Bagi sesetengah ibu bapa, fasa ini menjadi ujian paling mencabar apabila anak mula berubah sikap sehingga sukar dikawal meskipun pelbagai usaha dilakukan untuk membimbing mereka.
Begitulah luahan seorang wanita yang mengakui sudah buntu memikirkan sikap anak perempuan tunggalnya yang didakwa semakin liar dan sering mengabaikan tanggungjawab sebagai pelajar.






