PELAKON dan penerbit Raja Azmi memahami kekangan yang dihadapi syarikat produksi dalam menentukan kadar bayaran pelakon, namun menurutnya nasib anak seni terutama pembantu tidak boleh terus dipinggirkan.
Menurut Raja Azmi, 66, pengalamannya sebagai penerbit membuatkan dia melihat isu tersebut daripada dua sudut berbeza kerana memahami tekanan kos produksi yang semakin meningkat.
“Saya faham keadaan penerbit sebab saya sendiri pernah jadi penerbit. Kadang-kadang pelakon utama meletakkan kadar bayaran yang tinggi, jadi penerbit terpaksa mengurangkan bayaran pelakon-pelakon pembantu.

Raja Azmi pernah menerbitkan beberapa filem seperti Black Widow, Haru Biru dan Anu Dalam Botol.






