SETIAP insan mempunyai sisi berbeza tidak diketahui ramai kerana apa dipamerkan tidak semestinya menggambarkan apa sedang dilalui.
Seorang wanita berkongsi mengenai bekas rakan sekerjanya yang sentiasa kelihatan ceria seolah-olah tidak mempunyai sebarang masalah dan menjadi penyeri suasana di pejabat.
Menurutnya, rakan sekerjanya itu juga sering menjadi individu pertama memberi salam setiap kali masuk ke pejabat, paling kuat ketawa dan gemar bergurau dengan rakan-rakan lain.

Tanggujawab yang sepatutnya dipikul suami terpaksa digalas isteri apabila mengalami masalah kesihatan. -Gambar hiasan AI





