PENYANYI Hussain menerima secara terbuka teguran peminat yang melihat dia seolah-olah tidak memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang menyertai program Big Stage X Rocketfuel (BSR).
Memohon maaf jika perkara itu mengundang rasa kurang senang peminat, Hussain, 23, turut berjanji akan sentiasa memberi persembahan terbaik agar tidak mengecewakan mereka yang banyak memberikan sokongan.
“Saya minta maaf, insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik, okey,” ujarnya ringkas.

Hussain janji persembahan terbaik buat peminat.





