PELAKON Zahiril Adzim lebih selesa menyelesaikan sebarang salah faham secara bersemuka berbanding membiarkan ia berlarutan sehingga menjadi bualan.
Zahiril atau Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar, 42, berkata sekiranya berdepan masalah dengan mana-mana individu termasuk rakan pelakon atau kru produksi, dia memilih untuk duduk berbincang secara baik bagi mendapatkan jalan penyelesaian.
“Kalau ada masalah dengan seseorang, saya akan jumpa dia dan tarik ke tepi untuk berbincang. Semua orang yang bercakap belakang, saya akan jumpa.

Zahiril berharap netizen tidak mudah percaya dengan perkongsian di media sosial.






